Isnin, 25 Januari 2016

Rak Buku

Bismillah

Tahun baru 2016 saya tekad untuk membeli 2 buku kecil yang saya sangat sayang, hilang dek kerana kecuaian diri. Semasa latihan industri, dua buku kecil ini saya sering bawa. Kadang hanya untuk disisipkan dalam kocek kemeja, kadang untuk membaca; jauh sekali untuk mengahafal walaupun teringin.

Dua buku tersebut ialah:

1. Hisnul Muslim
2. Hadith 40

Kedua-dua buku versi poket ini ada ceritanya yang tersendiri.

1. Hisnul Muslim
Perkara yang membuatkan saya suka akan buku kecil ini ialah buku ini memuatkan koleksi doa-doa yang ma'thur walaupun tak semua pun saya baca dan hafal. Setakat ini, perkara yang baru dihafal hanyalah wirid selepas solat. Tak banyak pun. Cuma bila dapat ittiba' (mengikut) cara Rasulullah, hati saya akan lebih tenang. Jadi, memiliki buku ini bagi saya satu kemestian, mungkin satu hari nanti doa lain pula yang saya akan hafal. Pelan-pelan kayuh!

2. Hadith 40
Saya tak pernah melalui pengajian Hadith secara khusus. Tapi, saya suka mendengar Hadith kerana ada sisi-sisi yang jarang kita nampak pada diri Rasulullah dalam Sirah yang boleh didapati dalam perbahasan Hadis. Sebagai permulaan, Hadith 40 adalah yang terbaik. Bermula dengan usrah, saya pernah melalui beberapa Hadith tapi tidak pernah habis. Cuma, keinginan untuk menghafal Hadith 40 itu ada lewat pembacaan mukaddimah Hadith 40 yang menyatakan kelebihan mengingati 40 Hadith. Itu yang membawa saya kepada pembelian buku kecil ini; tapi hilang akhirnya.

Akhir tahun 2015, saya ke program Sama' (mendengar) Hadith 40 oleh Syeikh Saed Al-Kamali yang datang dari Maghribi. Majlis tersebut membakar semula keinginan saya untuk mencari semula buku kecil ini; bukan menghafal hehe. Nak hafal juga!

1. Koleksi Januari dan Bahana Kad Debit

3 Januari 2016: Saya mengambil keputusan untuk ke Dakwah Corner Bookstore dan beli semula dua naskhah kecil ini. Malangnya, dengan kemudahan kad debit, bukan 2 naskhah ini sahaja yang dicapai.

Koleksi Januari
  
Buku-buku yang dibeli selain dua buku poket di atas:

i. Youth's Problem oleh Syeikh Muhammad Salih al-Utsaimeen
ii. Seeking Forgiveness oleh Ibnu Taymiyyah
iii. Awaking from the Sleep of Heedleness oleh Ibnu al-Jawzi
iv. Meraih Cinta dan Kasih Sayang oleh Muhammad Mustafa al-Jibaly
v. Pakaian Yang Paling Indah oleh Muhammad Mustafa al-Jibaly
vi. Keutuhan Rumah Tangga Bahagia oleh Muhammad Mustafa al-Jibaly
vii. Pengenalan Ushul Tafsir oleh Syeikh Muhammad Salih al-Utsaimeen

2. Koleksi Disember dan bahana Internet

Dengan kemudahan Internet, proses pembelian menjadi lebih mudah. Sekarang, membelek-belek halaman yang menjual buku secara atas talian menjadi amat berbahaya. Minat sahaja, ada kemungkinan Add to Cart. Oh, shoot! Miskin.

Tapi tak sampai lagi!
Tiga buku dari luar negara ini dibeli melalui amazon.com manakala buku daripada intelektual Melayu dibeli dari Pelita Dhihin. 

Buku bagi bulan Disember yang bertemakan keadilan:

i. Justice as Fairness oleh John Rawls
ii. Anarchy, State and Utopia oleh Robert Nozick
iii. Justice oleh Michael Sandel
iv. On Justice and Nature of Men oleh Tan Sri Prof SMN al-Attas

3. Koleksi November

Dua buku yang dibeli pada bulan November pula bertemakan ekonomi dan kesenjangan yang wujud.

Buku-bukunya ialah:

i. Capital in the 21st Century oleh Thomas Piketty
ii. The Economics of Inequality oleh Thomas Piketty




Tercapai juga impian untuk memiliki kedua-dua naskhah Piketty ini. Karya Farish Noor masih belum berjaya didakap.

Akhirnya, memiliki buku tidak menjadikan diri ini sesiapa pun melainkan kita menajamkan fikiran kita melalui sifat mutsaqqaful fikr dan memberi sesuatu melalui sikap nafi'un li ghairih. Miskin wang masih lumrah.

Allahumma Inni As-aluka ilman nafi'an wa amalan mutaqabbalan wa rizqan toyyiban (HR Ahmad dan Ibn Majah)

Wassalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan